Thursday, 19 July 2012

Ramadhan is coming~


Assalamualaikum!~


just want to make sure that all of us still remember on how pasang ur niat the day b4 ramadhan or a whole month of Ramadhan...here's the pic so that all of us will still get reminded~


‎" Puasa tinggal beberapa hari jer lagi",,moge puasa tahun nie merupakan puasa yang terbaik berbanding sebelum2 nie" insyaallah... 







Friday, 13 July 2012

Ubah Tanggapan Terhadap Kerja


Bismillahirahmanirrahim..



Apabila menyebut ?housemanship’ ianya seolah-olah sinonim dengan ?tekanan’, dan ?keletihan’ sehinggakan isu ini menjadi bahan perbincangan hangat di media-media dan bahan perbualan dikalangan kita. Fasa ini juga merupakan satu yang ?besar’ impaknya dalam kehidupan insan bergelar doktor, manakan tidak ianya boleh mempengaruhi kitaran hidup seseorang, sehinggakan ada yang sanggup menggadai nyawa semata-mata untuk ?cemerlang’ sebagai seorang doktor pelatih.


Saya cuba membawa pandangan kita semua kepada satu pandangan baru agar yang masih menjalani fasa ?housemanship’ ini tidak melihat ianya sebagai ?segalanya’ dalam kehidupannya kerana kita umat Islam yang mempunyai agenda lebih besar dalam hidup.
Insan yang berjiwa besar melihat masalah sebagai kecil dan insan yang biasa boleh menjadi luar biasa asalkan dia mahu bangkit dan keluar dari kebiasaan ?zon selesa’ nya dan melihat masalah sebagai satu cabaran dalam hidup untuk berjaya.


Kadangkala apabila menganalisa kembali gaya hidup semasa menjalani fasa housemanship ini, saya menjadi takut..takut akan ke’taksuban’ sesetengah individu dalam kerja sehingga lupa pada pencipta dan fitrah dirinya sebagai muslim dan manusia, takut melihat sikap sesetengah teman yang berputus asa sehingga langsung culas dalam menjalankan amanah..sebetulnya, rezeqi yang dikurniakan itu perlu dijaga keberkatannya. Serta pelik melihatkan sesetengah rakan takut akan ?bos’nya lebih daripada Tuhannya sehinggakan sanggup meninggalkan solat semata-mata mahu dipandang sebagai pekerja yang rajin dan segan mahu meminta izin bersolat daripada ?superior’ nya.


Diri ini juga pasti melakukan kesalahan dan sering dahagakan nasihat-nasihat dan peringatan dari mereka yang memahami agar tidak tersasar dari matlamat sebenar kehidupan ini. Pernah juga merasakan diri ini umpama ?robot’ yang di’program’ untuk melakukan rutin yang mengeringkan jiwa dan fikiran. Alhamdulillah apabila tersedar segera melangkah keluar dari belengu itu.


Keceriaan dalam berkerja sebenarnya bergantung kepada niat dan tanggapan kita terhadap kerja itu. Adakah kita hanya berkerja kerana TERPAKSA? Atau kerana hendak MENERIMA sahaja? atau berkerja untuk MEMBERI?
BERKERJA KERANA TERPAKSA
Mahu tidak mahu setiap kita perlu melalui fasa housemanship ini sebagai persediaan untuk meningkatkan ?competency’ diri. Makanya tiada cara lain jika kita berkerja kerana terpaksa maka TUKARLAH SIKAP itu kerana ini adalah satu-satunya solusi yang ada selain daripada MENUKAR KERJAYA.

“Jika kita tidak dapat apa yang kita suka, kita perlu suka apa yang kita dapat”.Kenalpasti apa punca kita merasa terpaksa dalam kerja. Adakah kerana merasakan banyak yang tidak tahu sehingga sering diherdik ? atau fasa ini tidak seperti ?zon selesa’ kita dahulu yang tidak mengerah mental dan fizikal seperti ini. Setelah kenalpasti cubalah selesaikannya; sebagai contoh masalah tidak tahu, buat persediaan sebelum memasuki satu-satu jabatan dan rancang masa terbaik agar ?zon tidak selesa’ anda sekarang masih boleh menceriakan diri kita.

BERKERJA UNTUK MENERIMA

Jika berkerja hanya untuk menerima sahaja, sama ada menerima gaji sahaja atau menerima ?plans’ untuk pesakit tanpa anda menganalisa mengapa rawatan itu diberikan. Golongan perkerja sebegini lebih bermotivasi berbanding mereka yang ?terpaksa’ tetapi hanya akan menjadi perkerja yang biasa-biasa sahaja. Bahkan akan menjadi terlalu berkira jika perlu berkerja lebih masa atau menerima bilangan ?oncall’ lebih berbanding yang lain. Tiada perasaan ingin menyediakan diri sekiranya anda menjadi MO kelak dan tiada inisiatif untuk memajukan diri kerana Allah semata-mata.


BERKERJA UNTUK MEMBERI


insyaAllah kita akan jadi lebih ceria sekiranya kita berkerja untuk memberi. Kita sering berfikir bagaimana untuk memberi kerana kita yakin Allah akan memudahkan urusan kita sekiranya kita memudahkan urusan orang lain dan memberi ganjaranNya di dunia ini atau di akhirat kelak. Jika kita golongan ini, berkerja untuk memberi, kita berkhidmat untuk memberi kebaikan kepada diri sendiri dengan hanya mengejar redha Allah, cuba menganalisa dan memahami mengapa sesuatu rawatan diberikan agar kita menjadi MO yang ?competent’ kelak, memberi kepada pesakit , memberi kepada rakan dengan tidak berkira dalam berkerja. Tanggapan bahawa kerja ini membolehkan kita untuk memberi akan membuatkan kita lebih bermotivasi, berusaha mencari redhaNya serta merasakan diri ini lebih berharga.



Cubalah ubah tanggapan kita hari ini dan lihat hasilnya.Dr Anayasmin bt Azmi
Pegawai Perubatan
Hospital Tunku Jaafar Seremban


*copy n paste from iMedik

This is very interesting post on HOW TO BE A GOOD&SUCCESSFUL  DOCTOR that can bring happiness n barakah in their lives even in hard&peak time..!
Not just a doctor actually,it's for any kind of jobs..n we want to gain Allah's Bless~~~

Monday, 9 July 2012

Sebelum Aku Bernikah~

Assalamualaikum!


Okay,hari ini nak bincang sikit fasal fenomena yg kian hangat di pasaran sejak akhir2 ini.
Fenomena yg mungkin kita sendiri INGIN rasai dan berasa teruja jika mana2 pihak mengutarakan isu ini.
Fenomena ini adalahhh....jeng3..NIKAH PADA USIA YG MUDA.~
Menarik bukan?


Hmm,siapa yg tidak ingin bernikah?Semua orang menginginkan pernikahan yg sempurna dan indah.
tapi pernikahan perlulah melibatkan dua orang yg berlainan jantina yea..~
Bukan apa,mutakhir ini ramai yg tanpa segan silu mengisytiharkan bahawa mereka mencintai kaum sejenis mereka sendiri...
Maka,lahirlah perkahwinan sesama gender yg telah diiktiraf di sesetengah negara Eropah seperti di Ireland...astagfirullah..~

Indahnya perkahwinan jika digarisi dgn panduan&syariat Islam

Back to business!
Seringkali terpacul di mulut2 mereka yg ingin mencari seribu satu alasan bagi meraih sokongan ibu bapa,saudara-mara dan kawan-kawan menyatakan  kerana ingin mengelakkan penzinaan.Alasan yang solid. Elak zina. Tetapi tidak menyedari bahawa di sebalik alasan itu, wujud ketempangannya. 


Bak tulisan Akhi Hilal Asyraf


Jom kita kemukan balik persoalan kepada 'orang2 sebegini'

“Mengapa mudah sangat membiarkan ‘cinta’ menusuk ke dalam hati?”


Umur masih muda, sudah main suka-suka. Umur masih hijau, sudah sibuk bercinta asmara. Alasan mengelakkan zina itu, sepatutnya dibalas dengan satu soalan:


“Korang bercinta yang macam mana sampai ada rasa nak elak zina ni? Korang bercinta sampai rasa nak berzina ke?”


Ya. Peliknya remaja nan bercinta. Entah bagaimana caranya bercinta hingga terpacul alasan sedemikian rupa. Entah mengapa dibiarkan cinta menusuk kalbu saat usia masih terlalu muda dan diri belum punya apa-apa. Kemudian menjaja pernikahan awal dan bajet yang rendah sebagai kononnya hendak mengikuti sunnah. Maka apakah percintaan  yang sedemikian rupa, tanpa persediaan diri, tanpa kematangan minda, tanpa disiplin hati, merupakan sunnah?


Memang Takkan Mampu Sempurna Bersedia, Tetapi Kita Mampu Berusaha Untuk Bersedia.


Bersedia. Kerahlah diri untuk bersedia. Mengapa perlu mendahulukan cinta sebelum persediaan?
Sibukkan diri dengan persediaan.
Ilmu usaha bagi mantap. Pengalaman usaha bagi banyak. Pandangan usaha bagi luas. Wang usaha bagi ada sumber yang tetap dan konsisten. Peribadi usaha bagi mantap. Akal usaha bagi matang. Akhlak usaha bagi bersih. Maksiat usaha bagi padam. Kebaikan usaha bagi tambah dan istiqomah. Hubungan dengan Allah usaha bagi rapat.

Kita bukan main masak-masak!

Maka Remaja Nan Bercinta, jangan sibuk bermanis-manisan sahaja.


Kerahlah keringatmu, perahlah kekuatanmu, gunakanlah masamu. Mantapkan diri, luaskan pengalaman, binalah kekuatan, agar bahagiamu nanti selepas berumahtangga kan berpanjangan.


Dikesempatan ini,ingin sekali menegaskan bahawa kita tidak mungkin akan capai kesempurnaan.
Tiada siapa boleh berani berkata: “Ya, aku memang confirm aku sudah bersedia.” Sesiapa yang berbicara demikian, sesungguhnya dia telah berbohong kepada dirinya


 Semua hanya mampu berkata: “InsyaAllah, aku dah usaha untuk bersedia, jadi aku akan menghadapinya.”

Maka cinta dengan kehidupan itu jangan dipisahkan. Kehidupan dan kita jangan dijauhkan. 

Mesra berdua
Bersentuhan bersama pahala bertimpa,
Bersama bina taman Syurga Cinta




Wednesday, 4 July 2012

Carly and Emily from My Kitchen Rules



My Kitchen Rules contestant Emily Cheung joins Dando to discuss taking Incubus surfing, working at Sony Music, her upcoming cooking demonstrations with her sister Carly and more!!

Feel like want to join them in their cooking classes!!
but,it held in Melbourne~
too sad...



How great if I can learn something from them~

It would be such a priceless experience...!





Pot Sticker Dumplings Prawn and 

Chicken Laksa

Ginger Malay Cake

YUM!



Tuesday, 3 July 2012

Missing~



A picture worths a thousand words..~

Rindunyaaaaa time buat jualan~!!



Cinta antara Abuk-Abuk,Apam dan Lepat Pisang...~


Assalamualaikum!


Rasanya dah lama x menulis gara-gara internet 'kureng mantop'..Tak tahulah ape masalahnya.
Dan sepanjang waktu tu jugalah ada beberapa resipi yg sudah dicuba dan RASAnya amat AMAZING sekali...itupun hasil kerjasama dgn umi...kalau takkk..~wallahualam.


Aritu gi pasar dgn umi&kakak...pastu ada satu benda saya notice..kat pasar Andalas nie memang ramai
orang asing eh?..cakap je nak orang jenis ape..Bangla,Nepal,Acheh,Indo,Myanmar,Vietnam,Laos semua negara asia tenggara,barat daya,barat laut,timur..semua adaaaaaa..~
Terkadang rasa rimas dan kurang selesa..tapi sayang,hanya mampu mengomel dan mencebik dlm hati sahaja..~


Tapi kalo fikirkan balik,siapa lagi nak berniaga kalo bukan mereka2 nie,Orang Melayu x ramai yg betah bertahan berniaga,Cina & India ada,cuma kurang bilangannya..
Nak tak nak,redahhh saja..~


Okeyla,jalan punya jalan...then,terjumpa daun pisang!seringgit satu ikat...kalau duk kampung x yah membazir,amik pisau terus cantas..~
Pastu,Umi ckp jom buat lepat pisang..
okey,no hal..


Balik je dari pasar tudung memang 'wangi'...sbb kewangian asap2an ayam panggang,goreng sana,goreng sini..aiishh,sabarrr..
Jadi,ini antara beberapa resipi kampung yg WAJIB dicuba bg melayakkan diri anda utk menjadi
MASTERCHEF  MALAYSIA 2020....LoL.=



So,ni adalah Abuk-Abuk..mmg berabuk~
first time dgr,mmg mcm...."eeeeiii,pebenda tu?"
Bila dah rasa..sedap jugalah..typical malay dessert.
Rasa mcm terpanggil nak bg resipi kat sini sbb hanya perlu copy and paste sahaja...hahaha.
Ce try,mmg seronok...lebih2 lagi time nak gulung2..

Bahan-bahan ( 10 biji )

Sudah siap dikukus!
  • 2 cawan sagu biji.
  • 2 cawan kelapa parut putih
  • 3 sudu makan gula merah
  • 3 sudu makan gula pasir
  • secubit garam.
  • 10 calong daun pisang. Lidi penyemat

Cara-cara

  1. Basuh sagu dan toskan 5 minit.
  2. Gaulkan sagu dengan kelapa. Tambahkan garam.
  3. Campurkan gula merah dengan gula pasir.
  4. Masukkan 2 sudu campuran sagu ke dalam calong daun pisang. Kemudian sendukkan 1/2 sudu campuran gula dan akhirnya masukkan 1 sudu campuran sagu.
  5. Tutup calong dan sematkan dengan lidi. Kukus kuih lebih kurang 10 minit. Siap.

Lebih kurang mcm nielah rupanya dari dalam..
Ikut kreativiti masing2...sama ada gula merah tu nak letak selang seli dgn kelapa atau letak atas sekali..~


Arrrgghhh..muka sy terbelah~!!!


Bertambah sedap jika ada air teh panas,orang lain buatkan..~



 Next recipe is Apam Kampung..

Kuih ni memang sedap gilerrrr...bole hilangkan kenyang..seriously!
Aritu  umi yg buatkan...hahaha..mmg lah sedapkan..
x payah beli  bahan2 mahal...just simple ingredients..
Sesuai utk minum pagi & petang..!

Ce try resipi Apam ni...

Buruk sikit...tapi rasa itu amat penting!

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram tepung gandum
50 gram tepung beras
75 gram gula perang (brown sugar)
1 cawan air
6 gram yis + 1/4 cawan air, larutkan
Kelapa parut putih + sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Gaul rata tepung dengan gula perang hingga rata. Tuang bancuhan yis dan kacau rata. Tambah air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dan tidak berbintil2.
  2. Lenser loyang bulat berukuran 8 inci dengan sedikit minyak masak. Tuang no. 1 dalam loyang tadi dan biar 1 jam atau hingga naik memenuhi loyang tadi.
  3. Kukus atas air mendidih selama 40 - 45 minit (mat balut penutup kukus dengan kitchen towel). Sejukkan apam sepenuhnya sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut tadi....

sedap dimakan bersama kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam.Kelapa pun kalau dapat pilih yang kulit basah..lagi best!



Last one,lepat pisang..here's the recipe.!ce try!insyaAllah...hati gembira.






okey..habis~!
memang penganggur terhormat
^0^



Tuesday, 19 June 2012

Ust Don jauh di pandangan..~

Assalamualaikum!

A HA..!

sapa yg kenal dgn Ust Don Daniyal?Sure ramai akan ckp.."mestilaa,kenal".."gile x kenal".."abg aku tu kot".."dah penah jumpe dah,xlaa tinggi mana pun.."..dan bermacam lg kata-kata yg terpacul dr mulut mereka.



Pada mutakhir ini,ramai dlm golongan agama telah muncul mmberi SINAR dlm hidup masyarakat Melayu Islam khususnya para remaja.Perwatakan dan gaya penyampaian ilmu mereka lebih dekat dgn jiwa remaja yg inginkan kebebasan bersuara dan pada masa yang sama amat perlukan bimbingan dari org yg berpengalaman+berpengetahuan.~


Antara golongan agama yg berjaya menambat hati kaum muda ialah antaranya:Ust Azhar Idrus(UAI),Ust Don Daniyal,Ust Kazim,Akhil Hayy...dan bnyk lagi.tapi pengetahuan saya cukup sekadar itu.Tidak lupa juga iaitu golongan akademik yg telah juga berjaya menawan sanubari dan menjentik  kesedaran kpd kaum muda terutamanya kaum Hawa.Yang saya maksudkan disini ialah Prof Dr. Muhaya Mohamad.Beliau juga merupakan idola saya sejak di Ting.3 lagi.Harapan hanya satu agar saya menjadi lebih baik drpd beliau dan dpt mmberi sumbangan kpd umat Islam sejagat...insyaAllah.!


Back to business.~Ahad lepas,Ust Don Daniyal ada buat rakaman,hmm..x pasti rakaman atau live..utk TV Al-Hijrah.Program berlangsung di Masjid Shah Alam.Sebenarnya dtg utk tgk pameran jualan Halal yg ada di sekitar masjid,tapi tgk rupa2nya slot rakaman 'Cinta Masjid' Ust Don pun ada..Patutlah ramai...Memang berada di lautan manusia agaknya.~


Ada beberapa perkara yg saya kesal dan tidak selesa..:


-Time jualan di sekitar masjid,mmg ramai sgt org maka berlakulah 'proses perlanggaran' antara muslimin dan muslimat.Situasi ni dah mcm kat pasar pula.Nak mengelak bhgn kiri,bhgn kanan pula ada org..~


+cadangan utk program2 akan dtg,supaya disediakan laluan muslimin+muslimat di laluan yg berbeza.Tidaklah bertembung dgn muslimin dan selesa sedikit.Berlaku 'elastic colllision' pun boleh.~^_^


-Tempat parkir tidak ada org kawal DAN sgt tidak teratur sbb ramai yg semborono meletakkan kereta mereka.Sampai terkeluar2 di luar masjid dan mengganggu jalan luar.Apa kata non muslim nnti melihat gelagat kita?.Kan dah susahkan org lain.


+Seeloknya kita jgnlah menyukarkan org lain dgn perbuatan kita.Kalau dah terpaksa sgt ltk kereta kat situ,make sure letak no.phone bwh cermin keta.So that,org bole call semula.Selain tu,apa salahnya parking jauh skit,asalkan x block kereta org lain.Kan dapat bnyk pahala berjalan jauh..~


Disebalik negative,ada bnyk sisi positive pameran halal nih...eehee..^_^


Memang kagum sbb first2 masuk pameran nie..mmg ramai yg pakai niqab atau purdah dan berjubah hitam..rasa cm kat negara arab pula..ehe..Bagusnya mereka!harap begitu jugalah niat mereka.~Dalam hati bermonolog.."beessssttttnyaaa..kalau selalu mcm ni..ramai umat Islam bersatu dlm program seumpama ini".."lagi2,buat di masjid,rasa lebih barakah.."Masuk shj waktu solat asar,org ramai berpusu2 ukt berjemaah sekali.Indahnya syariatMu..~


Disini,saya kepilkan sekali beberapa gmbr yg mungkin menggambarkan situasi di  Pameran Halal 2012..~

Gmbr ust Don tiada..harap maaf.ehe~


booth tvalhijrah
depa suruh kumpul ramai2 berdekatan dgn booth utk liputan siaran langsung di tv..
tapi nmpknya x ramai yg sudi...eheee.





Fig Bars atau in bm buah tiin!sgt bagus!Sbb boleh mengurangkan penyakit sesak nafas,membersihkan hati & limpa,last but not least menghilangkan kahak yg terkumpul!


#Nabi Muhamad s.a.w juga pernah bersabda "sekiranya aku katakan buah yang turun dari syurga.maka aku kata,"inilah buahnya,(tiin)",sesungguhnya buah syurga tiada keraguaannya"


pertandingan melukis pun adaaa..

elok2 skit dik duduk tu..~




Antara  produk2 Islam yg dijual..susu kambingggg...melegakan anak tekak anda yg kehausan~Saffron pun ada...in Arabic is known as Zafaran or Za'afaran bermaksud 'Golden Spice' sbb sgt mahal dan  menjangkau RM 1K per kg.1Kg pula memerlukan 150,000 stigma saffron.Patutlah mahal~
Saffron bole dibuat minuman dan dicampur dlm masakan DAN mampu mengurangkan demam,merawat INSOMNIA,memperbaiki sistem penghadaman dan merawat asthama atherosclerosis dan painful menstrual.


pilih jubah utk bakal..........?



This is not ordinary comb.percayalah..Ini sikat tanduk kerbau~bnyk khasiatnya.


okay,seraamm~

Aqsa Syarif pun adaaa.~Memberi maksud “Masjid Yang Dimuliakan"























mmg rezeki terjumpa zatii!!


Clown yg kepanasannnnnn~cair mekap.!
















tqa,umi termenung...~


teh arab!sgt refreshing..!!!!!!nmpk biasa kan?tapi teh ni ada rasa gabungan bunga cengkih+buah pelaga+daun mint...bnyk khasiatnya~



Dua benda yg sgt diinginkan..akhirnyaaa~alhamdulillah.harga berpatutan drp beli kat supermarket..minyak zaitun+cuka epal..ehee

sekali pandang mcm SNICKER,MARS...tapi ni arabic version..haha~



Ingatkan mknn org x abis...tiba2,sorang laki duk terus makan..*baru nak marah sbb mknn membazir....haha





Overall,mmg bersyukur dpt hadir ke  program yg sedikit-sebanyak mampu menjentik kesedaran dan membuahkan keazaman utk turut sama memajukan ekonomi umat Islam khususnya di Malaysia.

Wassalam..Adious~

Saturday, 16 June 2012

Israk dan Mikraj Vs Father's day

Assalamualaikum!

Tengahari tadi,berlaku satu sesi dialog dgn ayah~
"qila hari nih hari ape?"tanya ayah.

"jap,nape?sabtu laa kan.."jawab saya dgn acuh x acuh sbb tgh basuh baju..
"sabtukan..tapi ade occasion ape?"tanya ayah lagi dgn riak muka happy..
"ade ape?mane ade ape2"..jwb dgn muka kerut...jaahaattnyaa anak~ish ish ish..

Tak terfikir pun nak tanya balik,hari nih ade ape...~heeeh
Then,ayah pun berlalu pergi.Duduk dan sambung makan lempeng..
*Perbualan terhenti..~

Petang tadi pula,ayah tanya lagi tapi soalan diajukan kpd kakak sy..
"tqa,what's today occasion?"tanya ayah sambil pandang muka kakak yg sdg makan nasi berlaukkan suun(to spell SO'ON..haha)

"hah?ade ape?xde paper...cm biasa..buat kerja tqa"jawab kakak sambil mengunyah2 nasi..
"laaa...u dont know aahh?...father's day laaa.."jawab ayah dgn nada riang..

Dlm hati sy berbisik...laaa..ye ker,Father's day...tapi tu kategori occasion ker???
Ayah,wrong question..teeehee..~


Pastu,saya pula mencelah..."laaa..patutlaa x tahu..Father's day x popular."
Kakak pun sokong.."kat fesbuk pun org x post sgt...haha"
okeylaa,tapi nak sedapkan hati ayah..wish laa juga.
"Happy father's day!!!"wish sambil main sudoku..*nmpk sgt terpaksa..

Seriously,tak tahu pun father's day harinie...teruknyaaa..~sorry ayah..
but,it's okay..
EVERYDAY IS FATHER'S DAY rite?


Tapi,tapi,tapi...ade satu lagi 'occasion' yg tersirat dlm pertanyaan ayah..tapi ayah sengaja x ckp...dan saya pun x ingat...*tak peka langsung..ish ish ish..
Tadi go through laman2 sesawang...dan terjumpa fasal israk dan mikraj...
Ya Allah!Hari ni 27 REJAB!....di mana peristiwa Israk dan Mikraj berlaku..~
Let's us recap..~



Peristiwa Israk dan Mikraj ke atas Nabi Muhammad SAW. adalah perkara besar yang berlaku dalam bulan REJAB. 

Baginda telah di“Israk”kan (dibawa berjalan) dengan menggunakan `Buraq’, dari Masjidil Haram di Kota Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis, Palestin serta di“Mikraj”kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntahauntuk mengadap Allah SWT.

Di mana dengan izin-Nya, Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah SAW.


Dalam bulan REJAB juga,ada berlaku peristiwa2 lain seperti :



  1. Malaikat Jibril melakukan pembedahan ke atas dada Rasulullah SAW.
  2. Diperlihatkan keadaan syurga dan neraka melalui Rasulullah SAW.
  3. Nabi Muhammad SAW bertemu dengan Rasul-Rasul terdahulu.
  4. Solat lima waktu difardukan ke atas umat Islam (malam Israk Mikraj


Lepas duduk2 dan fikir  sejenak...
Patutlaa ayah tanya tadi..."hari ni hari ape?".."occasion ape harini?"
DUA perkara PENTING yg kulupa..aiiishh~
perkara ni tdk seharusnya berlaku..~
Pasai bapa pulaa...
Bapa adalah insan yg selalu kita pinggirkan perasaannya walaupun terkadang mereka terkecil hati dgn perbuatan kita...~

Sedikit info mengenai HARI BAPA~


+‘Hari Bapa’ atau ‘Father’s Day’ disambut pada tarikh yang berbeza di seluruh dunia. Di Malaysia dan 88 negara lain, ianya disambut pada hari Ahad minggu ke tiga bulan Jun setiap tahun.....*AHAD laa ayah..bukan hari nie..~teehee.

+Idea sambutan hari bapa dicetuskan oleh Sonora Dodd, seorang wanita kelahiran Arkansas, Amerika Syarikat pada tahun 1910. 

+Beliau mahu sesuatu dilakukan untuk mengenang bapanya, William Jackson Smart, seorang veteran perang saudara yang ditinggalkan oleh isterinya dan membesarkan enam orang anak secara bersendirian di sebuah ladang kecil di Spokane, Washington.
+Sambutan Hari bapa yang pertama juga diadakan di situ pada 19hb. Jun 1910 dengan mengambil sempena tahun kelahiran William Smart bapa tunggal tersebut.

Walaubagaimanapun,tidak kiralah hari ibu,bapa atau nenek,atuk ker..
Kita seharusnya menyayangi dan menghormati mereka  tanpa rasa bosan,malas dan sewaktu dgnnya.
Sayangi mereka tak kira hari...mesti setiap hari,jam,minit,saat,detik..
Kerna 
Islam mengangkat darjat ibu bapa dengan begitu tinggi sekali.
Oleh itu,setiap hari mereka perlu dihormati, sentiasa dengan tersenyum, berdoa utk mereka dan tidak meninggikan suara pada Ibu dan bapa.



Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abbas ra berkata: “Tiada seorang mukmin mempunyai kedua ibu bapa lalu ia pagi-pagi ia taat dan baik pada keduanya melainkan Allah SWT membukakan untuknya daun pintu syurga, dan tidak mungkin Allah SWT redha padanya jika salah satu ibu atau bapanya murka kepadanya sehingga mendapat redha dari keduanya. Ditanya: Walaupun orang tua itu zalim? Jawabnya: Walaupun zalim. Dan di dalam hadis marfu‘ ada tambahan: dan tiada pagi-pagi ia derhaka (menyakiti hati) orang tuanya melainkan Allah SWT bukakan baginya dua pintu neraka dan jika hanya satu maka satu.”


Terdapat juga satu hadis:
Abdullah bin Umar r.a. berkata: “Seorang datang kepada Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam dan berkata: “Saya ingin berjihad (perang fisabilillah).” Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallambertanya: Apakah kedua ibu bapamu masih hidup?” Jawabnya:“Ya, kedua-duanya.” Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: 
Di dalam melayani keduanya harus berjihad.”

Hadis ini menunjukkan bahawa taat bakti kepada orang tua itu lebih besar daripada jihad fisabilillah, sebab menyuruh orang itu berbakti kepada orang tua dan berjihad. Kerana itu maka seseorang tidak boleh keluar untuk tujuan jihad jika tidak diizinkan oleh kedua orang tuanya selama panggilan jihad itu tidak umum, maka tetap taat kepada orang tua lebih afdhal dari jihad fisabilillah.

Jom berbakti kpd ibu,ayah dan semua org..!!!

Thursday, 14 June 2012

Wrapped Banana.~

Assalamulaikum!



Memang dah lumrah orang tdk ada kerja..lebih baik do something yg mendatangkan KEKENYANGAN!
Maka,menggunakan segala pancaindera yg ada terhasilah 'lopek pisang' nih..
Sebenarnya benda tdk akan jdi jika tidak dibantu oleh umi *tutor bertauliah* dan abgku, demok*tukang beli barang*...heeee..


Rasanya sume org dah cukup arif dgn lepat pisang kannnn...~
Kecik2 duk makan kat kantin sekola...takpun naik beskal jumpa tepi jalan,ada makcik jual dlm bakul...!?
So,resipi nih bole akk2 fikirkan sendiri yea...=D
gunakan sepenuh keupayaan 'zahir dan batin' utk mengsearch menu ni kat gooooooogleee..!


The making of lepat-lepat cinta~
*okey,nak muntah~!

Lagi sedap jika perut sdg menyanyi dan hujan turun rintik2 di luar rumah.~
*sambil.termenung.

dua little cup tu sbb x cukup daun pesang..~
tapi,lg nikmat sbb BANYAK isi!





Rasa gumbira+enjoy buat makanan2 sbb pertama perut kita pun dpt 'imbuhan'.Selain itu,satu famili pun tumpang kenyang sekali dan gumbira skali.
Lega dan happy bila tgk muka org yg suka mknn kita..~*Tak tergambar perasaannn.
Tapi kalo x sedap sesesuatu mknn tersebut..mcm masin ker,tawar,"eeeiii berminyaknyaa"."potong kaki nih"(*means manis)
Maka,pelbagai tohmahan dan cacian dilemparkan mcm juri masterchef pulak..
Heee..main2 jer.


Adios~
More recipes to come..~





Nak tido..??




Monday, 11 June 2012

Sahabat, Maafkan Kealpaan Diriku~

Genap setahun kau meninggalkan diriku
Sungguh, aku amat merindui dirimu
Masih terngiang gemersik hilai tawamu
Membuatkanku tenggelam dalam lamunan
Hanya foto ceriamu pengubat rinduku
Terkadang ku sesali diri yang alpa ini
Dikau pergi terlalu awal meninggalkan diriku
Belum sempat ku penuhi hajatmu
Hajat yang ku sangkakan mainan manjamu
Tetapi ternyata ia permintaan kudus darimu

Aku ketandusan ukhwahmu yang dulu
Yang memahami setiap kelumit firasatku
Puas aku mencari sahabat sepertimu
Namun, Pencipta masih belum menemukannya
Yang ku temui hanyalah harapan lesu
Aku redha di atas ketentuanNya
Katamu yang berbisa masih teguh di sanubari
"Orang yang sabar selalu diuji"
Ku jadikannya sebagai peringatan diri
Tatkala terasa lemas diuji duniawi

Kemaafan dipohon dek kealpaan diri ini
Ku syukuri ukhwah yang pernah terjalin
Walaupun ianya seketika cuma
Tetapi sudah cukup bagiku menilainya
Ku harap dikau bahagia melewati alam yang abadi
Hanya untaian doa mampu ku kurimkan padamu

Ya Allah,
ku rayu padamu temukanku dengannya nanti
Ku akui terlalu banyak khilaf yang ku cipta
Moga ku tidak terlalai dengan keasyikan dunia fana
HidayahMu ku harapkan dalam menerangi laluanku
Agar ku bisa tenang menemuiMu nanti
Amin Ya Rabbal a'lamin...

Al-Fatihah...
Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan hamba-hambaNya yang solehah.

-Meski sahabat2 saya semuanya alhamdulillah masih diberi peluang utk bernafas,tapi saya amat faham dan hadam akan maksud puisi diatas.Sahabat2ku yg jauh dipandangan yg berada di segenap pelusuk dunia..moga kalian sentiasa di bawah lembayung rahmat+redha Allah.
Dikurniakan kejayaan yg cemerlang d dunia+akhirat..insyaAllah
Memori sepanjang dari tadika hingga ke matrikulasi tidak akan kulupakan..sampai bila-bila..insyaAllah


Rindunyaaaaa wahai sahabatku!