Assalamualaikum!
Rasanya dah lama x menulis gara-gara internet 'kureng mantop'..Tak tahulah ape masalahnya.
Dan sepanjang waktu tu jugalah ada beberapa resipi yg sudah dicuba dan RASAnya amat AMAZING sekali...itupun hasil kerjasama dgn umi...kalau takkk..~wallahualam.
Aritu gi pasar dgn umi&kakak...pastu ada satu benda saya notice..kat pasar Andalas nie memang ramai
orang asing eh?..cakap je nak orang jenis ape..Bangla,Nepal,Acheh,Indo,Myanmar,Vietnam,Laos semua negara asia tenggara,barat daya,barat laut,timur..semua adaaaaaa..~
Terkadang rasa rimas dan kurang selesa..tapi sayang,hanya mampu mengomel dan mencebik dlm hati sahaja..~
Tapi kalo fikirkan balik,siapa lagi nak berniaga kalo bukan mereka2 nie,Orang Melayu x ramai yg betah bertahan berniaga,Cina & India ada,cuma kurang bilangannya..
Nak tak nak,redahhh saja..~
Okeyla,jalan punya jalan...then,terjumpa daun pisang!seringgit satu ikat...kalau duk kampung x yah membazir,amik pisau terus cantas..~
Pastu,Umi ckp jom buat lepat pisang..
okey,no hal..
Balik je dari pasar tudung memang 'wangi'...sbb kewangian asap2an ayam panggang,goreng sana,goreng sini..aiishh,sabarrr..
Jadi,ini antara beberapa resipi kampung yg WAJIB dicuba bg melayakkan diri anda utk menjadi MASTERCHEF MALAYSIA 2020....LoL.=
So,ni adalah Abuk-Abuk..mmg berabuk~
first time dgr,mmg mcm...."eeeeiii,pebenda tu?"
Bila dah rasa..sedap jugalah..typical malay dessert.
Rasa mcm terpanggil nak bg resipi kat sini sbb hanya perlu copy and paste sahaja...hahaha.
Ce try,mmg seronok...lebih2 lagi time nak gulung2..
Bahan-bahan ( 10 biji )
| Sudah siap dikukus! |
- 2 cawan sagu biji.
- 2 cawan kelapa parut putih
- 3 sudu makan gula merah
- 3 sudu makan gula pasir
- secubit garam.
- 10 calong daun pisang. Lidi penyemat
Cara-cara
- Basuh sagu dan toskan 5 minit.
- Gaulkan sagu dengan kelapa. Tambahkan garam.
- Campurkan gula merah dengan gula pasir.
- Masukkan 2 sudu campuran sagu ke dalam calong daun pisang. Kemudian sendukkan 1/2 sudu campuran gula dan akhirnya masukkan 1 sudu campuran sagu.
- Tutup calong dan sematkan dengan lidi. Kukus kuih lebih kurang 10 minit. Siap.
Lebih kurang mcm nielah rupanya dari dalam..
Ikut kreativiti masing2...sama ada gula merah tu nak letak selang seli dgn kelapa atau letak atas sekali..~
Ikut kreativiti masing2...sama ada gula merah tu nak letak selang seli dgn kelapa atau letak atas sekali..~
| Arrrgghhh..muka sy terbelah~!!! |
| Bertambah sedap jika ada air teh panas,orang lain buatkan..~ |
Next recipe is Apam Kampung..
Kuih ni memang sedap gilerrrr...bole hilangkan kenyang..seriously!
Aritu umi yg buatkan...hahaha..mmg lah sedapkan..
x payah beli bahan2 mahal...just simple ingredients..
Sesuai utk minum pagi & petang..!
Ce try resipi Apam ni...
| Buruk sikit...tapi rasa itu amat penting! |
BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram tepung gandum
50 gram tepung beras
75 gram gula perang (brown sugar)
1 cawan air
6 gram yis + 1/4 cawan air, larutkan
Kelapa parut putih + sedikit garam
CARA MEMBUATNYA :-)
- Gaul rata tepung dengan gula perang hingga rata. Tuang bancuhan yis dan kacau rata. Tambah air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dan tidak berbintil2.
- Lenser loyang bulat berukuran 8 inci dengan sedikit minyak masak. Tuang no. 1 dalam loyang tadi dan biar 1 jam atau hingga naik memenuhi loyang tadi.
- Kukus atas air mendidih selama 40 - 45 minit (mat balut penutup kukus dengan kitchen towel). Sejukkan apam sepenuhnya sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut tadi....

No comments:
Post a Comment