Ubah Tanggapan Terhadap Kerja
Bismillahirahmanirrahim..
Apabila menyebut ?housemanship’ ianya seolah-olah sinonim dengan ?tekanan’, dan ?keletihan’ sehinggakan isu ini menjadi bahan perbincangan hangat di media-media dan bahan perbualan dikalangan kita. Fasa ini juga merupakan satu yang ?besar’ impaknya dalam kehidupan insan bergelar doktor, manakan tidak ianya boleh mempengaruhi kitaran hidup seseorang, sehinggakan ada yang sanggup menggadai nyawa semata-mata untuk ?cemerlang’ sebagai seorang doktor pelatih.
Saya cuba membawa pandangan kita semua kepada satu pandangan baru agar yang masih menjalani fasa ?housemanship’ ini tidak melihat ianya sebagai ?segalanya’ dalam kehidupannya kerana kita umat Islam yang mempunyai agenda lebih besar dalam hidup.
Insan yang berjiwa besar melihat masalah sebagai kecil dan insan yang biasa boleh menjadi luar biasa asalkan dia mahu bangkit dan keluar dari kebiasaan ?zon selesa’ nya dan melihat masalah sebagai satu cabaran dalam hidup untuk berjaya.
Kadangkala apabila menganalisa kembali gaya hidup semasa menjalani fasa housemanship ini, saya menjadi takut..takut akan ke’taksuban’ sesetengah individu dalam kerja sehingga lupa pada pencipta dan fitrah dirinya sebagai muslim dan manusia, takut melihat sikap sesetengah teman yang berputus asa sehingga langsung culas dalam menjalankan amanah..sebetulnya, rezeqi yang dikurniakan itu perlu dijaga keberkatannya. Serta pelik melihatkan sesetengah rakan takut akan ?bos’nya lebih daripada Tuhannya sehinggakan sanggup meninggalkan solat semata-mata mahu dipandang sebagai pekerja yang rajin dan segan mahu meminta izin bersolat daripada ?superior’ nya.
Diri ini juga pasti melakukan kesalahan dan sering dahagakan nasihat-nasihat dan peringatan dari mereka yang memahami agar tidak tersasar dari matlamat sebenar kehidupan ini. Pernah juga merasakan diri ini umpama ?robot’ yang di’program’ untuk melakukan rutin yang mengeringkan jiwa dan fikiran. Alhamdulillah apabila tersedar segera melangkah keluar dari belengu itu.
Keceriaan dalam berkerja sebenarnya bergantung kepada niat dan tanggapan kita terhadap kerja itu. Adakah kita hanya berkerja kerana TERPAKSA? Atau kerana hendak MENERIMA sahaja? atau berkerja untuk MEMBERI?
BERKERJA KERANA TERPAKSA
Mahu tidak mahu setiap kita perlu melalui fasa housemanship ini sebagai persediaan untuk meningkatkan ?competency’ diri. Makanya tiada cara lain jika kita berkerja kerana terpaksa maka TUKARLAH SIKAP itu kerana ini adalah satu-satunya solusi yang ada selain daripada MENUKAR KERJAYA.
“Jika kita tidak dapat apa yang kita suka, kita perlu suka apa yang kita dapat”.Kenalpasti apa punca kita merasa terpaksa dalam kerja. Adakah kerana merasakan banyak yang tidak tahu sehingga sering diherdik ? atau fasa ini tidak seperti ?zon selesa’ kita dahulu yang tidak mengerah mental dan fizikal seperti ini. Setelah kenalpasti cubalah selesaikannya; sebagai contoh masalah tidak tahu, buat persediaan sebelum memasuki satu-satu jabatan dan rancang masa terbaik agar ?zon tidak selesa’ anda sekarang masih boleh menceriakan diri kita.
BERKERJA UNTUK MENERIMA
Jika berkerja hanya untuk menerima sahaja, sama ada menerima gaji sahaja atau menerima ?plans’ untuk pesakit tanpa anda menganalisa mengapa rawatan itu diberikan. Golongan perkerja sebegini lebih bermotivasi berbanding mereka yang ?terpaksa’ tetapi hanya akan menjadi perkerja yang biasa-biasa sahaja. Bahkan akan menjadi terlalu berkira jika perlu berkerja lebih masa atau menerima bilangan ?oncall’ lebih berbanding yang lain. Tiada perasaan ingin menyediakan diri sekiranya anda menjadi MO kelak dan tiada inisiatif untuk memajukan diri kerana Allah semata-mata.
BERKERJA UNTUK MEMBERI
insyaAllah kita akan jadi lebih ceria sekiranya kita berkerja untuk memberi. Kita sering berfikir bagaimana untuk memberi kerana kita yakin Allah akan memudahkan urusan kita sekiranya kita memudahkan urusan orang lain dan memberi ganjaranNya di dunia ini atau di akhirat kelak. Jika kita golongan ini, berkerja untuk memberi, kita berkhidmat untuk memberi kebaikan kepada diri sendiri dengan hanya mengejar redha Allah, cuba menganalisa dan memahami mengapa sesuatu rawatan diberikan agar kita menjadi MO yang ?competent’ kelak, memberi kepada pesakit , memberi kepada rakan dengan tidak berkira dalam berkerja. Tanggapan bahawa kerja ini membolehkan kita untuk memberi akan membuatkan kita lebih bermotivasi, berusaha mencari redhaNya serta merasakan diri ini lebih berharga.
Cubalah ubah tanggapan kita hari ini dan lihat hasilnya.Dr Anayasmin bt Azmi
Pegawai Perubatan
Hospital Tunku Jaafar Seremban
*copy n paste from iMedik
This is very interesting post on HOW TO BE A GOOD&SUCCESSFUL DOCTOR that can bring happiness n barakah in their lives even in hard&peak time..!
Not just a doctor actually,it's for any kind of jobs..n we want to gain Allah's Bless~~~
No comments:
Post a Comment