Monday, 15 April 2013

KAU, NEXT SEM SEBILIK NAK ?


Oit! Aku Muse, sempena nama band yang aku minat. Nama sebenar, Rayyan Muslih bin Ilyas. Tapi aku tak suka nama tu. Soleh sangat bunyinya.


Aku jahat. Orang kata. Selalu orang kata orang baik tak mengaku dia baik, jadi aku kata aku ni jahat. Perokok. Tapi tak tegar. Dan aku tak banyak bunyi. Silencer. Recluse, or loner. Tak suka berkawan. Aku dunia aku, diorang dengan dunia diorang.
Kegemaran? Gig, jamming, drum and guitar, ponteng kelas.
Perkara yang dibenci? Orang yang baik. Maksud aku, orang yang bajet baik. Aku tak tahu kenapa, tapi aku benci orang baik. Ada ke orang tua-tua kata, pijak semut pun tak mati. Urgghh, tak faham aku! Lagi? Aku tak suka berkawan. Aku suka sorang-sorang.
Oh, lupa. Umur 39, kerja underground jammer…
Muahaha! Kena tipu!. Kan aku dah kata aku jahat. Umur rahsia, kerja penganggur separuh masa. Pagi-pagi aku kena attend lecture.
Oh, dan roommate aku orang baik. Eh, maksud aku bajet baik. Dia ambil jurusan Usuluddin. Aku tak tahu apa yang dia belajar, tapi bunyi ala-ala nashid jugak la. Semester depan harapnya aku dapat bilik single. Berharap sangat-sangat. Aku nak lari dari hidup dalam kepura-puraan diorang ni.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
App Perfect Tuner pada iPhone dibuka. Tangan kanan memetik tali gitar, tangan kiri sibuk membetulkan tuner. Telinga khusyuk mendengar bunyi tune, sementara mata memerharti signal yang terpampang pada skrin iPhone, mulut menggigit batang rokok Semporna. Dipetiknya berkali-kali tali gitar.
Pintu bilik terbuka.
“Assalamualaikum!”
“Hmmm,” jawab Muslih hambar.
Puntung rokok ditenyeh pada bekas abu rokok. Kotak Semporna dikeluarkan dari poket jeans. Sebatang lagi hinggap di mulut.Muslih menawarkan kotak Semporna pada Mahfuz ditepi.Heh, siapa kata aku jahat? Rokok pun aku kongsi. Mahfuz menolak.
“Muslih, esok anta pergi lecture?” Mahfuz memecah sunyi.
“Main kasar nampak kawan.” Dia ni, tak pernah reti ke nak panggil aku Muse?
“Haha. Ana main-main jela. Eh, nak join rehlah hujung minggu ni? Mandi-mandi, then kita buat usrah sikit. Ana masukkan nama, nak?”
“Oh. Boleh kot,” err,apa kena dengan aku ni?
“Okey, ana masukkan nama. InsyaAllah, pukul 8 pagi, Sabtu kita gerak.”
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Orang kata, iman tu turun naik. Aku kira, masa tu, iman aku naik kot. Sebab tu aku boleh sangkut dengan benda alah ni. Rehlah. Dengan budak-budak usrah si Mahfuz pulak tu. Kalau nak diikutkan, dah banyak kali Mahfuz ni ajak aku join usrah tu. Tapi, sorry la. Kebetulan kau ajak time aku sakit perut. Tup tup ajak lagi, demam. Pening. Banyak lagi.
Sepanjang perjalanan, yang paling aku tak boleh blah, radio ke, lagu ke, langsung tak pasang. Bajet baik la tu. Jadi, mp3 la jawabnya. Kalau nak diikutkan hati, nak je aku aku ambil gitar dalam bumper belakang main lagu untuk diorang.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sesampainya di sungai, Muslih ambil tempat di bawah pokok besar. Tali beg gitar yang tersangkut pada bahu dilurutkan. Semua yang lain menyalin pakaian dan turun ke dalam sungai.
"Jom lah turun Muse!” ajak Muzaffar.
Muslih menggeleng menolak. Tangan mula memetik gitar. Semporna digigit. Gaya biasanya. Buat seketika, dia hanyut dalam dunia New Born-Muse.
“Ana join anta boleh?”
“Eh, tak mandi?” Nak duduk pun minta izin ke? Oh, okey, budak baik la kata kan.
“Ana nak dengar anta main lagu lah. New born, Muse kan?”
“Eh, kau pun minat Muse?”
“Pernah.” Mahfuz menarik senyum.
Muslih kembali memetik gitar. Susunan kod gitar ditukar. Mahfuz di tepi hanya tersenyum, meraikan. Sekali-sekala, nostalgia sebelum dia ikut jalan dakwah dan tarbiah menjengah. Kenangan lama. Kedua-dua mereka hanyut dalam dunia Hysteria.
“Eh, ana nak pusing-pusing kejap. Nak ikut?” Mahfuz mengembalikan Muslih dari dunia khayalannya.
“Hmm..” Muslih mengangguk. Dah berapa round aku strum, naik boring pun ada.

****
Sepanjang perjalanan, terkumat-kamit mulut Mahfuz bertasbih, bertahmid dan bertakbir. Menghayati keindahan ciptaan al-Khaliq. Mentadabbur ciptaan al-Musawwir.
Budak baik, heh?
“Eh, ana solat sekejap ya.”
“Kau nak solat apa pagi-pagi ni? Zohor belum masuk la.”
“Oh, solat sunat dhuha.”
Budak ‘baik’. Hmmmphh!
****
“Nah, ana belanja.” Mahfuz menghulurkan bungkusan marshmallow kepada Muslih.
“Oh, thanks!” Okey, kali ni dia memang betul-betul baik. Aku ni cepat cair dengan marshmallow ni. Terukir senyum pada bibir Muslih. 

****
“Astaghfirullahal’azim!” Mahfuz cepat-cepat mengangkat kaki. Matanya melihat-lihat tanah yang dipijak
“Hah? Kenapa?” Muslih turut sama melihat-lihat kaki Mahfuz. 
“Lailaha illallah. Ana dah terpijak dua, tiga ekor semut.” Mahfuz membuka langkahan panjang, cepat-cepat beredar dari sarang semut tersebut. Muslih terkedu. Dia hanya mampu melihat tindak tanduk teman sebiliknya itu.
Dua tiga ekor pun..urgghh! Dia ni, biar betik! Tu pun nak kena rasa bersalah ke? Mahfuz, kau…kau…kau baik. Mega baik! Hati keras itu lembut jua akhirnya. 
Muslih mendaratkan tangan pada bahu Mahfuz.
“Kau.. sem depan kau daftar awal ek?”teragak-agak
“Kenapa? Exam pun belum dah fikir next sem ni,” Mahfuz ketawa kecil.
“Kau cop bilik untuk aku sekali. Kita satu bilik, nak?” Mahfuz, kau baik.
Mahfuz menarik senyum.“InsyaAllah.”
Siapa kata da’wah bil hal tak boleh pakai. Tahmid terlafaz dalam hati Mahfuz.
****
Mudahnya dakwah :)
Anda bila lagi?

IHSAN DARIPADA kebangkitankedua.blogspot.com..
Jom2 pegi blog nih..best2!!!

Monday, 8 April 2013

Soggy Week~


Assalamualaikum!

 Last week was a full of feelings that hard to describe~
Maybe the time to go home has already near n everyone's seems very gloomy...
However, I really enjoyed my week then..
From Tesco,Bukit Indah to buy foodies,Pasar Malam KTF  and went out for bowling and karaokeing~



Someone has dropped the chocolate spread~..
and the cleaner wasn't there to wipe it off..

The Jems was in shocking reaction when she saw this!!!
n she's smiling too..
NIGHT MARKET OF KTF!!!

Seems very little people, because rain keeps pouring out..
it's okay,alhamdulillah..HUJAN RAHMAT!


Lovable+nice bunch of people!!!!
Good job guys!

Janetttttttt!!!!!
why u buy so many food??
to replace KFC ahhh????

We've rented Wira to carry us all the way from UTM to Plaza Angsana..
Expensive petrol~

Move to the most happy part,
MAKAN TIME..
Really scrumptious kacang pool~!!!!
Worth-trying for!


Kacang Pool Haji.
Only in Plaza Angsana,Johor..haha*no laaaa another place also got..
First time I've tasted it~~really knocked me off!!
Sincerely, I licked my bowl!


Two gorgeous people with purple color on top...~

Them!
while being lifting..haha
This was my 2nd time playing the bowling..I wasn't that good..
But, we've tried our best to make it strike..hahahahaha..
*harapan..
Really enjoyed it!!!!!
Love spending time with u guys..

wassalam adios..
I am at home..^_^


UTM Berselawat 2013

Within one day, u can get a full packed of knowledge for FREE!!
Let's Salawat upon Rasulullah!



Nice moment captured!!!
with Hafiz Hamidun,love his Zikir Terapi!!


Usaha sama AQSA SYARIF..
A very commited NGO that has been supported us from the beginning




It's Been Ages~

Assalamualaikum!

Quite a long time I haven't updated my little precious baby..Hmm,maybe so many things happened for a couple months ago..YES! A  lot of things..A LOT!!

However, actually I'm very thankful to Allah because He'd given me a good health without any serious injured or what..ALHAMDULILLAH!!!
But, kinda felt a bit 'berdaki' for all my wrongdoings~
I dont know how to explain..maybe I've commit such many bad things~
To my friends,ummi,ayah,lecturers n all people I've met..Seems hard to explain this kind of situation..
Truth for now is..I want to be a GOOD person from now on!!!!!
Forget the past...All the things that happened might be caused from me!!!
I am the one who should be blamed for...yeah I know!!
This quote exactly pictures me on how my life has been so far...



"I Spend my days ignoring you, and my nights ignoring you..But still you never forget me:not even for a second,
Oh Allah CHANGE ME!!!"...
:(
Astagfirullahal'zim~