Thursday, 19 July 2012

Ramadhan is coming~


Assalamualaikum!~


just want to make sure that all of us still remember on how pasang ur niat the day b4 ramadhan or a whole month of Ramadhan...here's the pic so that all of us will still get reminded~


‎" Puasa tinggal beberapa hari jer lagi",,moge puasa tahun nie merupakan puasa yang terbaik berbanding sebelum2 nie" insyaallah... 







Friday, 13 July 2012

Ubah Tanggapan Terhadap Kerja


Bismillahirahmanirrahim..



Apabila menyebut ?housemanship’ ianya seolah-olah sinonim dengan ?tekanan’, dan ?keletihan’ sehinggakan isu ini menjadi bahan perbincangan hangat di media-media dan bahan perbualan dikalangan kita. Fasa ini juga merupakan satu yang ?besar’ impaknya dalam kehidupan insan bergelar doktor, manakan tidak ianya boleh mempengaruhi kitaran hidup seseorang, sehinggakan ada yang sanggup menggadai nyawa semata-mata untuk ?cemerlang’ sebagai seorang doktor pelatih.


Saya cuba membawa pandangan kita semua kepada satu pandangan baru agar yang masih menjalani fasa ?housemanship’ ini tidak melihat ianya sebagai ?segalanya’ dalam kehidupannya kerana kita umat Islam yang mempunyai agenda lebih besar dalam hidup.
Insan yang berjiwa besar melihat masalah sebagai kecil dan insan yang biasa boleh menjadi luar biasa asalkan dia mahu bangkit dan keluar dari kebiasaan ?zon selesa’ nya dan melihat masalah sebagai satu cabaran dalam hidup untuk berjaya.


Kadangkala apabila menganalisa kembali gaya hidup semasa menjalani fasa housemanship ini, saya menjadi takut..takut akan ke’taksuban’ sesetengah individu dalam kerja sehingga lupa pada pencipta dan fitrah dirinya sebagai muslim dan manusia, takut melihat sikap sesetengah teman yang berputus asa sehingga langsung culas dalam menjalankan amanah..sebetulnya, rezeqi yang dikurniakan itu perlu dijaga keberkatannya. Serta pelik melihatkan sesetengah rakan takut akan ?bos’nya lebih daripada Tuhannya sehinggakan sanggup meninggalkan solat semata-mata mahu dipandang sebagai pekerja yang rajin dan segan mahu meminta izin bersolat daripada ?superior’ nya.


Diri ini juga pasti melakukan kesalahan dan sering dahagakan nasihat-nasihat dan peringatan dari mereka yang memahami agar tidak tersasar dari matlamat sebenar kehidupan ini. Pernah juga merasakan diri ini umpama ?robot’ yang di’program’ untuk melakukan rutin yang mengeringkan jiwa dan fikiran. Alhamdulillah apabila tersedar segera melangkah keluar dari belengu itu.


Keceriaan dalam berkerja sebenarnya bergantung kepada niat dan tanggapan kita terhadap kerja itu. Adakah kita hanya berkerja kerana TERPAKSA? Atau kerana hendak MENERIMA sahaja? atau berkerja untuk MEMBERI?
BERKERJA KERANA TERPAKSA
Mahu tidak mahu setiap kita perlu melalui fasa housemanship ini sebagai persediaan untuk meningkatkan ?competency’ diri. Makanya tiada cara lain jika kita berkerja kerana terpaksa maka TUKARLAH SIKAP itu kerana ini adalah satu-satunya solusi yang ada selain daripada MENUKAR KERJAYA.

“Jika kita tidak dapat apa yang kita suka, kita perlu suka apa yang kita dapat”.Kenalpasti apa punca kita merasa terpaksa dalam kerja. Adakah kerana merasakan banyak yang tidak tahu sehingga sering diherdik ? atau fasa ini tidak seperti ?zon selesa’ kita dahulu yang tidak mengerah mental dan fizikal seperti ini. Setelah kenalpasti cubalah selesaikannya; sebagai contoh masalah tidak tahu, buat persediaan sebelum memasuki satu-satu jabatan dan rancang masa terbaik agar ?zon tidak selesa’ anda sekarang masih boleh menceriakan diri kita.

BERKERJA UNTUK MENERIMA

Jika berkerja hanya untuk menerima sahaja, sama ada menerima gaji sahaja atau menerima ?plans’ untuk pesakit tanpa anda menganalisa mengapa rawatan itu diberikan. Golongan perkerja sebegini lebih bermotivasi berbanding mereka yang ?terpaksa’ tetapi hanya akan menjadi perkerja yang biasa-biasa sahaja. Bahkan akan menjadi terlalu berkira jika perlu berkerja lebih masa atau menerima bilangan ?oncall’ lebih berbanding yang lain. Tiada perasaan ingin menyediakan diri sekiranya anda menjadi MO kelak dan tiada inisiatif untuk memajukan diri kerana Allah semata-mata.


BERKERJA UNTUK MEMBERI


insyaAllah kita akan jadi lebih ceria sekiranya kita berkerja untuk memberi. Kita sering berfikir bagaimana untuk memberi kerana kita yakin Allah akan memudahkan urusan kita sekiranya kita memudahkan urusan orang lain dan memberi ganjaranNya di dunia ini atau di akhirat kelak. Jika kita golongan ini, berkerja untuk memberi, kita berkhidmat untuk memberi kebaikan kepada diri sendiri dengan hanya mengejar redha Allah, cuba menganalisa dan memahami mengapa sesuatu rawatan diberikan agar kita menjadi MO yang ?competent’ kelak, memberi kepada pesakit , memberi kepada rakan dengan tidak berkira dalam berkerja. Tanggapan bahawa kerja ini membolehkan kita untuk memberi akan membuatkan kita lebih bermotivasi, berusaha mencari redhaNya serta merasakan diri ini lebih berharga.



Cubalah ubah tanggapan kita hari ini dan lihat hasilnya.Dr Anayasmin bt Azmi
Pegawai Perubatan
Hospital Tunku Jaafar Seremban


*copy n paste from iMedik

This is very interesting post on HOW TO BE A GOOD&SUCCESSFUL  DOCTOR that can bring happiness n barakah in their lives even in hard&peak time..!
Not just a doctor actually,it's for any kind of jobs..n we want to gain Allah's Bless~~~

Monday, 9 July 2012

Sebelum Aku Bernikah~

Assalamualaikum!


Okay,hari ini nak bincang sikit fasal fenomena yg kian hangat di pasaran sejak akhir2 ini.
Fenomena yg mungkin kita sendiri INGIN rasai dan berasa teruja jika mana2 pihak mengutarakan isu ini.
Fenomena ini adalahhh....jeng3..NIKAH PADA USIA YG MUDA.~
Menarik bukan?


Hmm,siapa yg tidak ingin bernikah?Semua orang menginginkan pernikahan yg sempurna dan indah.
tapi pernikahan perlulah melibatkan dua orang yg berlainan jantina yea..~
Bukan apa,mutakhir ini ramai yg tanpa segan silu mengisytiharkan bahawa mereka mencintai kaum sejenis mereka sendiri...
Maka,lahirlah perkahwinan sesama gender yg telah diiktiraf di sesetengah negara Eropah seperti di Ireland...astagfirullah..~

Indahnya perkahwinan jika digarisi dgn panduan&syariat Islam

Back to business!
Seringkali terpacul di mulut2 mereka yg ingin mencari seribu satu alasan bagi meraih sokongan ibu bapa,saudara-mara dan kawan-kawan menyatakan  kerana ingin mengelakkan penzinaan.Alasan yang solid. Elak zina. Tetapi tidak menyedari bahawa di sebalik alasan itu, wujud ketempangannya. 


Bak tulisan Akhi Hilal Asyraf


Jom kita kemukan balik persoalan kepada 'orang2 sebegini'

“Mengapa mudah sangat membiarkan ‘cinta’ menusuk ke dalam hati?”


Umur masih muda, sudah main suka-suka. Umur masih hijau, sudah sibuk bercinta asmara. Alasan mengelakkan zina itu, sepatutnya dibalas dengan satu soalan:


“Korang bercinta yang macam mana sampai ada rasa nak elak zina ni? Korang bercinta sampai rasa nak berzina ke?”


Ya. Peliknya remaja nan bercinta. Entah bagaimana caranya bercinta hingga terpacul alasan sedemikian rupa. Entah mengapa dibiarkan cinta menusuk kalbu saat usia masih terlalu muda dan diri belum punya apa-apa. Kemudian menjaja pernikahan awal dan bajet yang rendah sebagai kononnya hendak mengikuti sunnah. Maka apakah percintaan  yang sedemikian rupa, tanpa persediaan diri, tanpa kematangan minda, tanpa disiplin hati, merupakan sunnah?


Memang Takkan Mampu Sempurna Bersedia, Tetapi Kita Mampu Berusaha Untuk Bersedia.


Bersedia. Kerahlah diri untuk bersedia. Mengapa perlu mendahulukan cinta sebelum persediaan?
Sibukkan diri dengan persediaan.
Ilmu usaha bagi mantap. Pengalaman usaha bagi banyak. Pandangan usaha bagi luas. Wang usaha bagi ada sumber yang tetap dan konsisten. Peribadi usaha bagi mantap. Akal usaha bagi matang. Akhlak usaha bagi bersih. Maksiat usaha bagi padam. Kebaikan usaha bagi tambah dan istiqomah. Hubungan dengan Allah usaha bagi rapat.

Kita bukan main masak-masak!

Maka Remaja Nan Bercinta, jangan sibuk bermanis-manisan sahaja.


Kerahlah keringatmu, perahlah kekuatanmu, gunakanlah masamu. Mantapkan diri, luaskan pengalaman, binalah kekuatan, agar bahagiamu nanti selepas berumahtangga kan berpanjangan.


Dikesempatan ini,ingin sekali menegaskan bahawa kita tidak mungkin akan capai kesempurnaan.
Tiada siapa boleh berani berkata: “Ya, aku memang confirm aku sudah bersedia.” Sesiapa yang berbicara demikian, sesungguhnya dia telah berbohong kepada dirinya


 Semua hanya mampu berkata: “InsyaAllah, aku dah usaha untuk bersedia, jadi aku akan menghadapinya.”

Maka cinta dengan kehidupan itu jangan dipisahkan. Kehidupan dan kita jangan dijauhkan. 

Mesra berdua
Bersentuhan bersama pahala bertimpa,
Bersama bina taman Syurga Cinta




Wednesday, 4 July 2012

Carly and Emily from My Kitchen Rules



My Kitchen Rules contestant Emily Cheung joins Dando to discuss taking Incubus surfing, working at Sony Music, her upcoming cooking demonstrations with her sister Carly and more!!

Feel like want to join them in their cooking classes!!
but,it held in Melbourne~
too sad...



How great if I can learn something from them~

It would be such a priceless experience...!





Pot Sticker Dumplings Prawn and 

Chicken Laksa

Ginger Malay Cake

YUM!



Tuesday, 3 July 2012

Missing~



A picture worths a thousand words..~

Rindunyaaaaa time buat jualan~!!



Cinta antara Abuk-Abuk,Apam dan Lepat Pisang...~


Assalamualaikum!


Rasanya dah lama x menulis gara-gara internet 'kureng mantop'..Tak tahulah ape masalahnya.
Dan sepanjang waktu tu jugalah ada beberapa resipi yg sudah dicuba dan RASAnya amat AMAZING sekali...itupun hasil kerjasama dgn umi...kalau takkk..~wallahualam.


Aritu gi pasar dgn umi&kakak...pastu ada satu benda saya notice..kat pasar Andalas nie memang ramai
orang asing eh?..cakap je nak orang jenis ape..Bangla,Nepal,Acheh,Indo,Myanmar,Vietnam,Laos semua negara asia tenggara,barat daya,barat laut,timur..semua adaaaaaa..~
Terkadang rasa rimas dan kurang selesa..tapi sayang,hanya mampu mengomel dan mencebik dlm hati sahaja..~


Tapi kalo fikirkan balik,siapa lagi nak berniaga kalo bukan mereka2 nie,Orang Melayu x ramai yg betah bertahan berniaga,Cina & India ada,cuma kurang bilangannya..
Nak tak nak,redahhh saja..~


Okeyla,jalan punya jalan...then,terjumpa daun pisang!seringgit satu ikat...kalau duk kampung x yah membazir,amik pisau terus cantas..~
Pastu,Umi ckp jom buat lepat pisang..
okey,no hal..


Balik je dari pasar tudung memang 'wangi'...sbb kewangian asap2an ayam panggang,goreng sana,goreng sini..aiishh,sabarrr..
Jadi,ini antara beberapa resipi kampung yg WAJIB dicuba bg melayakkan diri anda utk menjadi
MASTERCHEF  MALAYSIA 2020....LoL.=



So,ni adalah Abuk-Abuk..mmg berabuk~
first time dgr,mmg mcm...."eeeeiii,pebenda tu?"
Bila dah rasa..sedap jugalah..typical malay dessert.
Rasa mcm terpanggil nak bg resipi kat sini sbb hanya perlu copy and paste sahaja...hahaha.
Ce try,mmg seronok...lebih2 lagi time nak gulung2..

Bahan-bahan ( 10 biji )

Sudah siap dikukus!
  • 2 cawan sagu biji.
  • 2 cawan kelapa parut putih
  • 3 sudu makan gula merah
  • 3 sudu makan gula pasir
  • secubit garam.
  • 10 calong daun pisang. Lidi penyemat

Cara-cara

  1. Basuh sagu dan toskan 5 minit.
  2. Gaulkan sagu dengan kelapa. Tambahkan garam.
  3. Campurkan gula merah dengan gula pasir.
  4. Masukkan 2 sudu campuran sagu ke dalam calong daun pisang. Kemudian sendukkan 1/2 sudu campuran gula dan akhirnya masukkan 1 sudu campuran sagu.
  5. Tutup calong dan sematkan dengan lidi. Kukus kuih lebih kurang 10 minit. Siap.

Lebih kurang mcm nielah rupanya dari dalam..
Ikut kreativiti masing2...sama ada gula merah tu nak letak selang seli dgn kelapa atau letak atas sekali..~


Arrrgghhh..muka sy terbelah~!!!


Bertambah sedap jika ada air teh panas,orang lain buatkan..~



 Next recipe is Apam Kampung..

Kuih ni memang sedap gilerrrr...bole hilangkan kenyang..seriously!
Aritu  umi yg buatkan...hahaha..mmg lah sedapkan..
x payah beli  bahan2 mahal...just simple ingredients..
Sesuai utk minum pagi & petang..!

Ce try resipi Apam ni...

Buruk sikit...tapi rasa itu amat penting!

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram tepung gandum
50 gram tepung beras
75 gram gula perang (brown sugar)
1 cawan air
6 gram yis + 1/4 cawan air, larutkan
Kelapa parut putih + sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Gaul rata tepung dengan gula perang hingga rata. Tuang bancuhan yis dan kacau rata. Tambah air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dan tidak berbintil2.
  2. Lenser loyang bulat berukuran 8 inci dengan sedikit minyak masak. Tuang no. 1 dalam loyang tadi dan biar 1 jam atau hingga naik memenuhi loyang tadi.
  3. Kukus atas air mendidih selama 40 - 45 minit (mat balut penutup kukus dengan kitchen towel). Sejukkan apam sepenuhnya sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut tadi....

sedap dimakan bersama kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam.Kelapa pun kalau dapat pilih yang kulit basah..lagi best!



Last one,lepat pisang..here's the recipe.!ce try!insyaAllah...hati gembira.






okey..habis~!
memang penganggur terhormat
^0^