Monday, 9 July 2012

Sebelum Aku Bernikah~

Assalamualaikum!


Okay,hari ini nak bincang sikit fasal fenomena yg kian hangat di pasaran sejak akhir2 ini.
Fenomena yg mungkin kita sendiri INGIN rasai dan berasa teruja jika mana2 pihak mengutarakan isu ini.
Fenomena ini adalahhh....jeng3..NIKAH PADA USIA YG MUDA.~
Menarik bukan?


Hmm,siapa yg tidak ingin bernikah?Semua orang menginginkan pernikahan yg sempurna dan indah.
tapi pernikahan perlulah melibatkan dua orang yg berlainan jantina yea..~
Bukan apa,mutakhir ini ramai yg tanpa segan silu mengisytiharkan bahawa mereka mencintai kaum sejenis mereka sendiri...
Maka,lahirlah perkahwinan sesama gender yg telah diiktiraf di sesetengah negara Eropah seperti di Ireland...astagfirullah..~

Indahnya perkahwinan jika digarisi dgn panduan&syariat Islam

Back to business!
Seringkali terpacul di mulut2 mereka yg ingin mencari seribu satu alasan bagi meraih sokongan ibu bapa,saudara-mara dan kawan-kawan menyatakan  kerana ingin mengelakkan penzinaan.Alasan yang solid. Elak zina. Tetapi tidak menyedari bahawa di sebalik alasan itu, wujud ketempangannya. 


Bak tulisan Akhi Hilal Asyraf


Jom kita kemukan balik persoalan kepada 'orang2 sebegini'

“Mengapa mudah sangat membiarkan ‘cinta’ menusuk ke dalam hati?”


Umur masih muda, sudah main suka-suka. Umur masih hijau, sudah sibuk bercinta asmara. Alasan mengelakkan zina itu, sepatutnya dibalas dengan satu soalan:


“Korang bercinta yang macam mana sampai ada rasa nak elak zina ni? Korang bercinta sampai rasa nak berzina ke?”


Ya. Peliknya remaja nan bercinta. Entah bagaimana caranya bercinta hingga terpacul alasan sedemikian rupa. Entah mengapa dibiarkan cinta menusuk kalbu saat usia masih terlalu muda dan diri belum punya apa-apa. Kemudian menjaja pernikahan awal dan bajet yang rendah sebagai kononnya hendak mengikuti sunnah. Maka apakah percintaan  yang sedemikian rupa, tanpa persediaan diri, tanpa kematangan minda, tanpa disiplin hati, merupakan sunnah?


Memang Takkan Mampu Sempurna Bersedia, Tetapi Kita Mampu Berusaha Untuk Bersedia.


Bersedia. Kerahlah diri untuk bersedia. Mengapa perlu mendahulukan cinta sebelum persediaan?
Sibukkan diri dengan persediaan.
Ilmu usaha bagi mantap. Pengalaman usaha bagi banyak. Pandangan usaha bagi luas. Wang usaha bagi ada sumber yang tetap dan konsisten. Peribadi usaha bagi mantap. Akal usaha bagi matang. Akhlak usaha bagi bersih. Maksiat usaha bagi padam. Kebaikan usaha bagi tambah dan istiqomah. Hubungan dengan Allah usaha bagi rapat.

Kita bukan main masak-masak!

Maka Remaja Nan Bercinta, jangan sibuk bermanis-manisan sahaja.


Kerahlah keringatmu, perahlah kekuatanmu, gunakanlah masamu. Mantapkan diri, luaskan pengalaman, binalah kekuatan, agar bahagiamu nanti selepas berumahtangga kan berpanjangan.


Dikesempatan ini,ingin sekali menegaskan bahawa kita tidak mungkin akan capai kesempurnaan.
Tiada siapa boleh berani berkata: “Ya, aku memang confirm aku sudah bersedia.” Sesiapa yang berbicara demikian, sesungguhnya dia telah berbohong kepada dirinya


 Semua hanya mampu berkata: “InsyaAllah, aku dah usaha untuk bersedia, jadi aku akan menghadapinya.”

Maka cinta dengan kehidupan itu jangan dipisahkan. Kehidupan dan kita jangan dijauhkan. 

Mesra berdua
Bersentuhan bersama pahala bertimpa,
Bersama bina taman Syurga Cinta




No comments:

Post a Comment