Saturday, 16 June 2012

Israk dan Mikraj Vs Father's day

Assalamualaikum!

Tengahari tadi,berlaku satu sesi dialog dgn ayah~
"qila hari nih hari ape?"tanya ayah.

"jap,nape?sabtu laa kan.."jawab saya dgn acuh x acuh sbb tgh basuh baju..
"sabtukan..tapi ade occasion ape?"tanya ayah lagi dgn riak muka happy..
"ade ape?mane ade ape2"..jwb dgn muka kerut...jaahaattnyaa anak~ish ish ish..

Tak terfikir pun nak tanya balik,hari nih ade ape...~heeeh
Then,ayah pun berlalu pergi.Duduk dan sambung makan lempeng..
*Perbualan terhenti..~

Petang tadi pula,ayah tanya lagi tapi soalan diajukan kpd kakak sy..
"tqa,what's today occasion?"tanya ayah sambil pandang muka kakak yg sdg makan nasi berlaukkan suun(to spell SO'ON..haha)

"hah?ade ape?xde paper...cm biasa..buat kerja tqa"jawab kakak sambil mengunyah2 nasi..
"laaa...u dont know aahh?...father's day laaa.."jawab ayah dgn nada riang..

Dlm hati sy berbisik...laaa..ye ker,Father's day...tapi tu kategori occasion ker???
Ayah,wrong question..teeehee..~


Pastu,saya pula mencelah..."laaa..patutlaa x tahu..Father's day x popular."
Kakak pun sokong.."kat fesbuk pun org x post sgt...haha"
okeylaa,tapi nak sedapkan hati ayah..wish laa juga.
"Happy father's day!!!"wish sambil main sudoku..*nmpk sgt terpaksa..

Seriously,tak tahu pun father's day harinie...teruknyaaa..~sorry ayah..
but,it's okay..
EVERYDAY IS FATHER'S DAY rite?


Tapi,tapi,tapi...ade satu lagi 'occasion' yg tersirat dlm pertanyaan ayah..tapi ayah sengaja x ckp...dan saya pun x ingat...*tak peka langsung..ish ish ish..
Tadi go through laman2 sesawang...dan terjumpa fasal israk dan mikraj...
Ya Allah!Hari ni 27 REJAB!....di mana peristiwa Israk dan Mikraj berlaku..~
Let's us recap..~



Peristiwa Israk dan Mikraj ke atas Nabi Muhammad SAW. adalah perkara besar yang berlaku dalam bulan REJAB. 

Baginda telah di“Israk”kan (dibawa berjalan) dengan menggunakan `Buraq’, dari Masjidil Haram di Kota Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis, Palestin serta di“Mikraj”kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntahauntuk mengadap Allah SWT.

Di mana dengan izin-Nya, Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah SAW.


Dalam bulan REJAB juga,ada berlaku peristiwa2 lain seperti :



  1. Malaikat Jibril melakukan pembedahan ke atas dada Rasulullah SAW.
  2. Diperlihatkan keadaan syurga dan neraka melalui Rasulullah SAW.
  3. Nabi Muhammad SAW bertemu dengan Rasul-Rasul terdahulu.
  4. Solat lima waktu difardukan ke atas umat Islam (malam Israk Mikraj


Lepas duduk2 dan fikir  sejenak...
Patutlaa ayah tanya tadi..."hari ni hari ape?".."occasion ape harini?"
DUA perkara PENTING yg kulupa..aiiishh~
perkara ni tdk seharusnya berlaku..~
Pasai bapa pulaa...
Bapa adalah insan yg selalu kita pinggirkan perasaannya walaupun terkadang mereka terkecil hati dgn perbuatan kita...~

Sedikit info mengenai HARI BAPA~


+‘Hari Bapa’ atau ‘Father’s Day’ disambut pada tarikh yang berbeza di seluruh dunia. Di Malaysia dan 88 negara lain, ianya disambut pada hari Ahad minggu ke tiga bulan Jun setiap tahun.....*AHAD laa ayah..bukan hari nie..~teehee.

+Idea sambutan hari bapa dicetuskan oleh Sonora Dodd, seorang wanita kelahiran Arkansas, Amerika Syarikat pada tahun 1910. 

+Beliau mahu sesuatu dilakukan untuk mengenang bapanya, William Jackson Smart, seorang veteran perang saudara yang ditinggalkan oleh isterinya dan membesarkan enam orang anak secara bersendirian di sebuah ladang kecil di Spokane, Washington.
+Sambutan Hari bapa yang pertama juga diadakan di situ pada 19hb. Jun 1910 dengan mengambil sempena tahun kelahiran William Smart bapa tunggal tersebut.

Walaubagaimanapun,tidak kiralah hari ibu,bapa atau nenek,atuk ker..
Kita seharusnya menyayangi dan menghormati mereka  tanpa rasa bosan,malas dan sewaktu dgnnya.
Sayangi mereka tak kira hari...mesti setiap hari,jam,minit,saat,detik..
Kerna 
Islam mengangkat darjat ibu bapa dengan begitu tinggi sekali.
Oleh itu,setiap hari mereka perlu dihormati, sentiasa dengan tersenyum, berdoa utk mereka dan tidak meninggikan suara pada Ibu dan bapa.



Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abbas ra berkata: “Tiada seorang mukmin mempunyai kedua ibu bapa lalu ia pagi-pagi ia taat dan baik pada keduanya melainkan Allah SWT membukakan untuknya daun pintu syurga, dan tidak mungkin Allah SWT redha padanya jika salah satu ibu atau bapanya murka kepadanya sehingga mendapat redha dari keduanya. Ditanya: Walaupun orang tua itu zalim? Jawabnya: Walaupun zalim. Dan di dalam hadis marfu‘ ada tambahan: dan tiada pagi-pagi ia derhaka (menyakiti hati) orang tuanya melainkan Allah SWT bukakan baginya dua pintu neraka dan jika hanya satu maka satu.”


Terdapat juga satu hadis:
Abdullah bin Umar r.a. berkata: “Seorang datang kepada Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam dan berkata: “Saya ingin berjihad (perang fisabilillah).” Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallambertanya: Apakah kedua ibu bapamu masih hidup?” Jawabnya:“Ya, kedua-duanya.” Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: 
Di dalam melayani keduanya harus berjihad.”

Hadis ini menunjukkan bahawa taat bakti kepada orang tua itu lebih besar daripada jihad fisabilillah, sebab menyuruh orang itu berbakti kepada orang tua dan berjihad. Kerana itu maka seseorang tidak boleh keluar untuk tujuan jihad jika tidak diizinkan oleh kedua orang tuanya selama panggilan jihad itu tidak umum, maka tetap taat kepada orang tua lebih afdhal dari jihad fisabilillah.

Jom berbakti kpd ibu,ayah dan semua org..!!!

No comments:

Post a Comment